Ahad, 30 Disember 2012

Warung di Ao Nang, Mueang Krabi(GPS:8.033118,98.861783)

Lets find Halal food in Thailand...
Tak jauh dari tempat kami beli pulut ayam tadi,kami ternampak beberapa orang termasuk pak lebai dok lepak kat warung.Kami beranikan diri utk singgah kesini dan teruskan pencarian kami.Disini kami jumpa mee/bihun mcm kat gambar bawah ni.Rasanya mmg sedap,lembut dan saya rekomen anda semua utk try.
Kami juga ambil beberapa kuih utk anak2.










Oleh kerana Areef tu dah comot sgt,ada kakak yg tolong lapkan mulut dan tangan Areef.

Satu peringatan yg amat penting ialah kalau nak order Milo,jgn sebut Milo.Sebutlah Ovaltine.Walaupun anda nampak tin atau paket yg dia gunakan ialah Milo.Tapi apa yg saya nak ceritakan kat sini ialah Milo kat warung ni.Tak tahulah apa resipinya,rasanya mmg lain.Ada rasa mcm cendol.Mmg sedap dan puas minum Milo ni.Kami order lagi 2 utk pastikan rasa cendol tu adalah secara tak sengaja ataupun sebaliknya.Ternyata 2 Milo yg saya baru order ni pun ada rasa mcm cendol.Inilah Milo yg paling best yg saya rasa.Bila anda ke Krabi,anda wajib kesini.



Kami juga amik beberapa pulut utk dibawa bekal dlm kereta.Kami tertarik dgn pulut ni yg ada pisang kat tengah2nya.Mmg sedap dan unik.           

Kesimpulannya anda harus datang ke warung ni sbb anda akan dpt the real local food kat sini.Belanja kami disni ialah THB170.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan