Pagi di Krabi hari ni sungguh cerah dah indah.Sedih rasanya kerana terpaksa terima hakikat yg percutian kami berakhir hari ni.Kami check out seawal pukul 8pagi dan destinasi kami ialah pasar pagi yg rupanya mcm pasar zaman P Ramlee.Sebelum meninggalkan pekan Krabi,kami pun bergambar la di Pekan Krabi utk kenang kenangan.
Hari ni adalah Hari X'mas tapi Thailand tak cuti.Sekolah tetap berjalan mcm biasa tapi diorang tetap meraikan X'mas kat sekolah.Dari luar sekolah kedengaran kanak2 sekolah menyanyi dan menari(buat persembahan) kat sekolah.
Setelah 10km,kami pun sampai ke tempat yg dituju tapi malangnya sorang pun tak de.So bila pasar ni operation?Tapi kami tetap mencari apa2 yg menarik dekat area sini.
Kelihatan ada kakak dok jual tepi jalan dan kami pun singgah nak tengok apa yg dia jual.
Kat sini kami beli pulut ayam goreng.2 ayam dan pulut harganya THB60.
Tapi kami masih lagi teruskan mencari benda menarik kat sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan