Selepas 40min kami disini dan penat berenang,bergambar,main pasir dsb kami pun naik boat utk makan tengah hari.Makan tengah hari kami ialah di PhiPhi atau lebih tepat lagi di Tonsai Bay.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5min.
Makanan termasuk dalam pakej dan disediakan dlm bentuk buffet.So amik je la apa yg anda nak.
Makan kat sini boleh la utk mengisi perut yg kosong.Lagipun selepas puas berendam dan terumbang ambing atas boat,selera makan tu dah jadi kurang.Tapi pemandangan dari tempat makan memang spectacular.Tom Yam seafoodnya,mmg kami taruh betul2.Kami diberikan masa sejam kat sini.Setelah kenyang,kami pun bersiar di luar restoran utk mencari tempat2 yg best.
Bila cukup masa kami pun naik bot...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan