Passport
Utk masuk ke Thailand anda perlukan Passport yg at least validity dia 6 bulan.Visa tak diperlukan.Ada juga disediakan border pass tapi ada syarat2 tertentu.Saya akan masuk jauh ke dalam Thailand so saya fikir border pass ni mungkin x boleh pakai.Lagipun mmg kami semua dah ada passport.So pakai je lah.
Geran kereta
Utk membawa kereta masuk ke Thailand anda perlukan original geran.Walaupun ada yg pakai photostat copy dan berjaya bawa masuk kereta ke Thailand,to be safe better bawa original geran.Lagipun tujuan aku ke sana adalah utk bercuti dan bergembira bersama keluarga.kalau boleh x mau ada sedikit pun masalah semasa trip ni.Tambahan lagi government officer Thai kat border Malaysia ni kerek dan ikut mood diorang je.Nasib x baik mmg dia suruh kita balik.
So bawalah original geran.Kalau ada kat bank,pergilah amik kat Bank.
Insurans
Bawa masuk kereta ke Singapore lagi mudah sbb insurans Malaysia cover sekali dgn Singapore.Tapi Thailand tak dicover.Rasa mcm tak adil pun ada gak sbb polisi ni untung utk orang Johor.Utk org Perlis,mmg susah utk ke Singapore walaupun bayar insurans yg cover sampai Singapore.Rasa bab ni syarikat insurans kena improve sikit.
Insurans ada dua.Insurans yg wajib adalah insurans yg anda kena beli di Changlun.Tapi kalau apa2 jadi,kereta anda tak dicover.Untuk cover kereta anda,anda kena extend insurans anda ke Thailand.Mcm saya,saya pergi ke Kurnia dan uruskan insurans extention.Kos extension ke Thailand selama seminggu adalah lebih kurang MYR50.
Tapi jawapan yg tak best dari Kurnia adalah kalau jadi apa2,kita kena bawa kereta tu sampai ke sempadan.Sampai sempadan baru Kurnia take over.
Insurans lain tak tau la pulak.Saya nampak MSIG kat Hat Yai.Mungkin MSIG boleh bagi better service?
Duit cash
Kemudahan credit card adalah kurang di Thailand berbanding Malaysia.So anda kena ada duit cash yg cukup.Contohnya setakat ni saya tak jumpa lagi stesen minyak Thailand yg ada kemudahan credit card.
Ubat ubatanAda banyak farmasi kat sini tapi anda mungkin menghadapi masalah komunikasi.So better bawa ubat2 dari Malaysia.
GPS
Benda ni kena ada.Kalau tak mmg payah nak jalan kat Thailand.Kalau boleh baca Siam,mungkin lain cerita.
Bersambung...
Salam
BalasPadamKalau masuk Thailand ,menghadapi masalah dengan bahasa sila hubungi kami
karlisahalim@gmail.com
atau
satunsiam.blogspot.com