Isnin, 31 Disember 2012

Depart to Thailand

Maka tibalah hari yang dinantikan iaitu bertolak ke Thailand.Dari pengalaman aku dan kawan2,time cuti mcm ni akan berlaku jam yg teruk kat sempadan nanti.Keadaan dan tahap keselamatan di immigration complex Thailand juga teruk.Utk mengelak dari perkara2 yg tak diingini berlaku,maka kami decide utk bertolak sesudah subuh dan target utk sampai ke Bukit Kayu Hitam sebelum pukul 8 pagi.Oleh kerena kami ada anak kecil yg banyak ragamnya utk bangun dan bersiap waktu pagi,maka kami siapkan barang2 dan masukkan ke dalam kereta 1 malam sebelum bertolak.Kira esoknya cuma mandi,pakai baju dan terus naik kereta.
Makanan ringan seperti roti,biskut,minuman dsb juga harus dibeli awal dan disimpan dlm kereta kerana kami tak tahu berapa jam kami akan stuck kat immigration.Rehat secukupnya diperlukukan.
Selepas subuh kami terus bergerak ke sempadan dengan mengunakan PLUS highway.We are not alone in that very morning.Kereta dah berpusu2 atas highway menuju ke border dan masing2 macam berlumba siapa sampai dulu kat border.
Setelah sampai di Changlun,perkara yg paling penting yg anda perlu buat ialah beli insurance dan dptkan borang import kereta(warna putih).Ada banyak premis yg buat bisness ni dan mereka start keje sesudah subuh juga.Tak tahu mcm mana nak isi?Jgn risau.Bagi passport dan geran kereta original dan staff disitu akan isikan utk anda.kami bayar MYR20 utk semua perkhidmatan ni kat sini.
Selepas semuanya diisi dan anda dpt semuanya(passport,embarkation form,borang putih utk kereta),teruskan perjalan anda ke Bukit Kayu Hitam.Juga jangan lupa utk isi minyak kereta full tank.Minyak sana 2 kali ganda mahal dari Malaysia.Changlun adalah last point anda utk isi minyak sebelum ke Thailand.Actually the last point adalah BP Bukit Kayu Hitam tapi dia di arah selatan.Saya nasihatkan anda utk isi minyak di Changlun.
  Di imigration malaysia semua urusan boleh dibuat tanpa perlu turun dari kereta.Simple sgt dan cuma perlu sedikit kesabaran sbb que panjang sempena cuti sekolah & holiday.Staff juga ramah dan membuatkan anda selesa.Selepas semuanya selesai,teruskan memandu ke Thailand.Anda akan melalui depan kompleks bebas cukai(Zon),pos kawalan polis dan tentera sebelum sampai ke gate Thailand.

bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan