Kami pun naik ke atas van dan van tersebut juga membuat beberapa stop di hotel2 lain utk mengambil peserta tour.Lebih kurang 70% dlm van tersebut adalah Malaysian dan happy sgt sbb ada geng.Kami sampai ke Nopparat Beach utk menaiki speed boat pada pukul 9 pagi.Rupanya ramai yg menyertai tour ni.Ada lah nak lebih 300 orang juga rasanya.Kemudian kami dikumpulkan dalam group2 kecil yg mempunyai 20 org dalam satu group.Tour guide kami pada tour ini adalah Niki.Rasanya dia ni melayu sbb boleh cakap melayu sikit2.
Selepas kami diberikan sticker,kami pun dibawa ke pantai utk menaiki speedboat.Nama boat kami adalah ATOM.Adalah penting utk mengingat nama boat sbb anda akan jumpa berpuluh2 boat yg lebih kurang sama.Kami juga diberikan taklimat keselamatan dan segala communication adalah dlm English.Selepas semuanya clear,boat pun memulakan perjalanan.
This comment has been removed by a blog administrator.
BalasPadam