Ahad, 30 Disember 2012

Snorkeling di PhiPhi

Destinasi kami berikutnya adalah snorkeling di PhiPhi.Tak jauh pun dari tempat kami makan tadi dan jaraknya cuma 1 min perjalanan.Highlight snorkeling disini adalah ikan.Coral tak banyak sgt berbanding dgn Tioman.

Kami beruntung sbb staff dlm boat kami semuanya ingin memberikan pengalaman istimewa kepada pengunjung.Driver boat kami menyelam dan bawa balik landak laut utk ditunjukkan kepada pengunjung.Kami juga diberi penerangan mengenai landak laut dan berpeluang menyentuhnya.
Selepas lebih kurang 20min kami disini,kami dibawa pula ke satu snorkeling spot yg lain iaitu di Monkey Beach.Disini kami dibawa utk snorkeling berdekatan dengan batu kapur.
Ameer monyok sbb tak dpt snorkeling.Tak berani saya nak amik risk utk bawa dia snorkeling bersama.Ye lah...umonya baru 4 tahun dan nak jejak kaki dlm laut/swimming pool pun takut.Inikan pula nak snorkeling.
Tapi kesian pulak kat Ameer.Setelah fikir banyak kali,saya beranikan diri minta tolong Niki utk bawa Ameer snorkeling.Niki sanggup amik risk dan bawa Ameer utk snorkeling.
Niki mmg the best tourist guide ever dan try the best utk memenuhi hasrat semua pengunjung.Walaupun sesetengah task tu tak de dlm job description dia.Contohnya mcm bawa Ameer snorkeling.

Selepas puas snorkeling Ameer pun naik ke atas boat.Areef tak dapat saksikan Ameer snorkeling sbb masa tu dia tgh tido.
Tak lama kemudian Areef pun bangun.Dia pun terus meluru ke belakang nak tengok apa yg berlaku.

Areef seronok tengok ikan berenang2 dlm air yg jernih.
Ramai antara kami dah mula rasa mabuk laut termasuk saya.Mmg tak tak tahan rasanya.Selepas snorkeling,kami dihidangkan dgn buah buahan.Lepas makan ni,mabuk laut tu rasa kurang sikit.Tepat pukul 3pm kami pun bersiap utk pulang ke Krabi.Niki bagitau yg angin tgh bertiup kencang(berdasarkan kibaran bendera) dan bagitau arah angin bertiup.Katanya arah angin juga mempengaruhi corak ombak.Dari pengalamannya dia bagitau yg kami akan hadapi masalah terutama di tengah2 lautan.


Ternyata benar katanya sbb ombak begitu besar dan beberapa kali boat kami kena off engine.Air pun mencurah2 masuk dlm boat dan sorang pun tak bersuara kecuali Niki yg cuba utk cool down semua pengunjung.Cara dia nak cool down unik sikit.Dia kata ombak ni tak serious sgt sbb dia pernah experience ombak setinggi 5m.Dia ceritakan pengalaman dia yg menakutkan atas boat yg akhirnya mengiyakan keadaan kami pada masa tu adalah normal.Padahal masa tu kitorang dah rasa mcm cerita "Deadliest Catch".Seriously ni adalah sea experience yg paling menakutkan dlm hidup saya.Boeat terumbang ambing,melambung dsb.Kesian kat orang yg dok depan boat sbb lambungan kat depan lagi kuat dari belakang.

Setelah 30 min dlm keadaan mencemaskan,kami pun sampai ke pantai.Terima kasih tak terhingga kepada driver boat yg berjaya membawa kami pulang dgn selamat.

Saya rekomen anda utk pakai pakej ni utk ke Maya Bay.Jimat masa,wang dan yg paling penting service yg amat bagus.

Kemudian kami dihantar pulang dgn tuk tuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan