Kebelakangan ini kita dapat lihat banyak topik berkenaan Rohingya yang viral. Ada yg mengatakan Rohingya adalah bangsa pengotor. Disini saya ingin berkongsi pengalaman menjual rumah yg disewa oleh pendatang Rohingya.
Saya aktif menjual rumah dikawasan utara tanah air dan pada suatu hari kawan saya semasa belajar di Jepun dulu menghubungi saya. Kawan saya kini menetap di Kuantan tapi beliau ada rumah di Pulau Pinang yang sedang disewakan. Selepas berbincang, saya dapat tahu yang rumahnya sedang disewa oleh keluarga Rohingya.
Pengalaman saya menjual rumah yg sedang disewakan ni selalunya cerita yang tidak indah dan sukar untuk dijual. Selalunya penyewa tak bagi kerja sama sebab tak mahu rumah dijual hingga mereka terpaksa untuk berpindah ke rumah lain. Bila kita bagitahu ke penyewa yang ada pembeli nak datang tengok rumah contohnya Sabtu 5pm, ada penyewa yang akan memberi pelbagai alasan. Setelah berbincang akhirnya kita setuju dengan masa yang diberi oleh penyewa iaitu Sabtu 11am. Bila kita call hari Jumaat, statusnya masih OK. Tapi bila kita call hari Sabtu, handphone penyewa off sehari suntuk. Ada juga penyewa yg tepati masa tapi keadaan rumah "mashaallah" berserabut. Pembeli masuk pun dah tak ada hati kat rumah tu. Namun bukan semua penyewa berperangai begini.
Berbalik kepada cerita kawan saya tadi. Selepas diberitahu yg rumahnya disewa oleh Rohingya, dalam fikiran saya kalau rumah orang kita pun serabut, inikan pula rumah pelarian. Penyewa rumah kawan saya ni bernama J. Sebelum membawa pembeli, biasanya saya akan tengok rumah seorang diri terlebih dahulu. Selepas saya telefon dan nyatakan tarikh dan masa untuk saya tengok rumah, J tanpa banyak soal terus setuju. Bila saya sampai di guardhouse apartment, J dah menunggu saya disitu. Padahal saya sampai tepat pada masanya. Orangnya berumur pertengahan 40an, pendek dan gelap macam rohingya yg lain. Juga jelas kelihatan beliau suka makan sireh.
Di guardhouse saya dapati ramai yang menyapa J dan nampaknya beliau disenangi oleh penghuni tempatan yg tinggal disitu. Selepas selesai urusan pendaftaran, saya pun dibawa ke unit rumah dengan menaiki lif. Didalam lif pun ada beberapa penghuni tempatan yg tegur dan sembang dengan J. Bila pintu rumah dibuka, saya agak terkejut sebab keadaan rumahnya tidaklah seperti rumah pelarian yg saya sangkakan. Rumahnya kemas,teratur dan dijaga baik. J tinggal bersama isteri, 2 anak dan adik ipar. Gambar rumah mereka seperti dibawah.
Mungkin tak berapa kemas bagi mata sesetengah orang tapi bagi mata ejen hartanah yang menjual rumah yg sedang disewakan, tahap ni dah cukup kemas. Selepas itu 2-3 kali juga saya bawa pembeli untuk melihat rumah dan J memberi kerjasama yang baik dari segi masa dan kemasan rumah.
Ya. Memasuki Malaysia secara haram adalah salah dan Malaysia harus memperketatkan lagi kawalan sempadan. Namun untuk kita label dan memburukkan sesuatu bangsa secara total adalah tidak wajar. Sama seperti barat melabel Islam dengan keganasan yg kita semua pun tidak setuju.
Apa pula pendapat anda?
Nazree
0164449278
Tiada ulasan:
Catat Ulasan