Ahad, 21 Jun 2020

Kisah ku: Episod 3

Episod 3

Semua kot biru ditempatkan dibahagian tengah kapal terbang. Saya dan kawan-kawan di letakkan dibarisan 3 atau 4 dari hadapan bahagian tu. Pun di tengah-tengah juga dan tak ada pemandangan lansung. Depan semua perempuan yg belajar di UM. Saya dok sebelah Mat Jiji dan seorang lagi kawan saya. Kawan saya yg satu lagi ni masa kat kelas jenis kategori nakal juga. Nakal macam remaja biasa je tapi dia pandai. Bila kapal terbang dah dilandasan dan mula untuk berlepas, saya nampak dia menangis. Saya tak tanya tapi saya rasa dia rindukan family dia. Sebenarnya saya nak tengok tingkap tapi ternampak mata dia.

Sepanjang flight tu saya dan mat Jiji asyik pakai headphone dengar lagu. Sambil tu mata tengok flight information. Saya suka nak tahu flight dah sampai mana. Bila lalu Filipina, saya akan bangun ke toilet dan tengok kalau2 boleh nampak Filipina dari tingkap. Kalau nampak sesuatu saya akan panggil Mat Jiji untuk tengok sekali. 

Selepas 7 jam naik kapal terbang, kami pun sampai Tokyo (Narita airport). Lambat juga kat di immigration sebab tak tahu nak tulis embarkation form. Lepas settle urusan immigration dan kastam, ada orang immigration yg dah tunggu kami di balai ketibaan. Beberapa bas sudah disediakan dan kami akan dihantar ke hotel yang ditempah oleh pihak kedutaan. Bas Jepun bergerak perlahan tak macam bas ekspress Malaysia. Driver pakai sarung tangan putih dan topi macam pilot. Semasa bas bergerak kami boleh nampak bunga sakura mula nak berkembang di tepi jalan. Katanya 2 hari sebelum kami sampai, salji lebat kat Tokyo. Di pertengahan jalan ternampak signboard Tokyo Disneyland. Saya cuba cari Disneyland dari tingkap tapi tak jumpa. 

Selepas sejam lebih naik bas, kami pun akhirnya sampai di hotel. Ada bas yg dah sampai. Selepas ambil beg dari ruang bawah bas, saya pun bergerak ke hotel. Berdekatan hotel ada 7e. Saya nampak ramai yg bersongkok dalam 7e tu. Saya pun ikut masuk. Rupanya ini lah situasi yg selalu diceritakan oleh senior tentang pengalaman pertama mereka bila nampak 7e. Ramai berkerumun di bahagian megazine tapi sebenarnya kami lebih kepada nak pastikan kebenaran cerita2 senior sebelum ni. Lepas dah confirm, kami pun beredar. Rasanya boss 7e situ dah biasa rutin setiap tahun dengan budak kot biru bersongkok berkerumun di kedai dia. Ada juga yg ke situ beli rokok. 

Di hotel kami dibahagikan ke bilik masing-masing. Saya satu bilik dengan Hamidun. Hamidun berasal dari Batu Pahat dan boleh cakap Jawa. Idolanya adalah Malek Nor yg juga berasal dari Batu Pahat. Selalu sembahyang awal di surau. Setiap hari di dorm dia akan buat senaman bina badan. Rajin makan telur untuk protein. Hamidun ni pandai dalam banyak subjek dan last sekali dengar cerita dia sambung belajar sampai PhD kat Jepun. Ada juga kawan2 lain yg singgah ke bilik kami tengok rupa bilik kami. Tido awal keletihan malam tu sebab terlalu banyak kejadian hari tu. Bermula dari kunci tertinggal, pertama kali naik kapal terbang, pertama kali jejak kaki ke negara orang....

Esoknya saya bangun awal sebab excited untuk start kehidupan di Jepun. Saya berdiri tepi tingkap untuk tengok aktiviti pagi orang Jepun. Diluar hujan rintik2, sejuk dan tingkap agak berkabus. Kelihatan pokok baru nak berbunga dan orang Jepun jalan kaki sambil bawa payung. Lepas mandi saya turun makan. Makanan yg disediakan adalah nasi goreng. Apa yg saya fahamkan, sepatutnya kami perlu tinggal di hotel selama 2-3 hari untuk sessi taklimat dan program2 untuk pelajar baru. Tapi oleh kerana keputusan yg dibuat kerajaan untuk melepaskan kami ke Jepun dibuat lambat, maka tiada program untuk kami untuk membolehkan kami mendaftar di tempat belajar secepat mungkin.

Lepas makan kami semua dibahagikan mengikut mode perjalanan masing-masing. Saya akan naik Shinkansen dan semua yg akan belajar di Oyama, Utsunomiya, Fukushima, Sendai, Ichinoseki, Morioka, Hachinohe akan menaiki train yg sama. 
Selain Shinkansen, ada kawan saya yg lain naik flight ke Hokkaido macam Ahmad Fauzan Othman, Ashadi, Ushi dan yg paling jauh adalah Md Salfhi dan Ns Syah . Depa dua ni dok Kushiro. Nak sampai sini boleh nangis woo. Tak ramai yg sampai sini. Harap saya ada kekuatan untuk menulis pengalaman saya ke Kushiro dan seluruh Hokkaido dimasa hadapan. Ada juga yg hanya naik keretapi biasa sebab tiada Shinkansen ke tempat mereka macam ke Ibaraki, Kisarazu, Iwaki. Iwaki adalah tempat yg paling bahaya ketika ini kerana kesan radiasi dari tragedi Tsunami beberapa tahun dulu.

Berbalik kepada cerita saya, group saya dihantar ke Ueno Station dengan bas. Dalam group ni saya cuma kenal Mat Jiji, Hamidun dan Taufik shj. Yg lain semua pelajar dari UM dan rata2nya perempuan. Perempuan macam biasa beg depa banyak so dalam perjalanan untuk menaiki Shinkansen, ada la beberapa kali saya tolong tolak atau angkat beg depa. Ada yg jadi kawan lepas tu. 

Sambungan
- first impression of Ichinoseki 

Kebetulan gambar yg dlm simpanan adik saya untuk sambung cerita ni adalah gambar Mat Jiji. Tak ada gambar saya. Saya rasa saya kenal siapa belakang Mat Jiji tu.