Ahad, 21 Jun 2020

Kisah ku: Episod 3

Episod 3

Semua kot biru ditempatkan dibahagian tengah kapal terbang. Saya dan kawan-kawan di letakkan dibarisan 3 atau 4 dari hadapan bahagian tu. Pun di tengah-tengah juga dan tak ada pemandangan lansung. Depan semua perempuan yg belajar di UM. Saya dok sebelah Mat Jiji dan seorang lagi kawan saya. Kawan saya yg satu lagi ni masa kat kelas jenis kategori nakal juga. Nakal macam remaja biasa je tapi dia pandai. Bila kapal terbang dah dilandasan dan mula untuk berlepas, saya nampak dia menangis. Saya tak tanya tapi saya rasa dia rindukan family dia. Sebenarnya saya nak tengok tingkap tapi ternampak mata dia.

Sepanjang flight tu saya dan mat Jiji asyik pakai headphone dengar lagu. Sambil tu mata tengok flight information. Saya suka nak tahu flight dah sampai mana. Bila lalu Filipina, saya akan bangun ke toilet dan tengok kalau2 boleh nampak Filipina dari tingkap. Kalau nampak sesuatu saya akan panggil Mat Jiji untuk tengok sekali. 

Selepas 7 jam naik kapal terbang, kami pun sampai Tokyo (Narita airport). Lambat juga kat di immigration sebab tak tahu nak tulis embarkation form. Lepas settle urusan immigration dan kastam, ada orang immigration yg dah tunggu kami di balai ketibaan. Beberapa bas sudah disediakan dan kami akan dihantar ke hotel yang ditempah oleh pihak kedutaan. Bas Jepun bergerak perlahan tak macam bas ekspress Malaysia. Driver pakai sarung tangan putih dan topi macam pilot. Semasa bas bergerak kami boleh nampak bunga sakura mula nak berkembang di tepi jalan. Katanya 2 hari sebelum kami sampai, salji lebat kat Tokyo. Di pertengahan jalan ternampak signboard Tokyo Disneyland. Saya cuba cari Disneyland dari tingkap tapi tak jumpa. 

Selepas sejam lebih naik bas, kami pun akhirnya sampai di hotel. Ada bas yg dah sampai. Selepas ambil beg dari ruang bawah bas, saya pun bergerak ke hotel. Berdekatan hotel ada 7e. Saya nampak ramai yg bersongkok dalam 7e tu. Saya pun ikut masuk. Rupanya ini lah situasi yg selalu diceritakan oleh senior tentang pengalaman pertama mereka bila nampak 7e. Ramai berkerumun di bahagian megazine tapi sebenarnya kami lebih kepada nak pastikan kebenaran cerita2 senior sebelum ni. Lepas dah confirm, kami pun beredar. Rasanya boss 7e situ dah biasa rutin setiap tahun dengan budak kot biru bersongkok berkerumun di kedai dia. Ada juga yg ke situ beli rokok. 

Di hotel kami dibahagikan ke bilik masing-masing. Saya satu bilik dengan Hamidun. Hamidun berasal dari Batu Pahat dan boleh cakap Jawa. Idolanya adalah Malek Nor yg juga berasal dari Batu Pahat. Selalu sembahyang awal di surau. Setiap hari di dorm dia akan buat senaman bina badan. Rajin makan telur untuk protein. Hamidun ni pandai dalam banyak subjek dan last sekali dengar cerita dia sambung belajar sampai PhD kat Jepun. Ada juga kawan2 lain yg singgah ke bilik kami tengok rupa bilik kami. Tido awal keletihan malam tu sebab terlalu banyak kejadian hari tu. Bermula dari kunci tertinggal, pertama kali naik kapal terbang, pertama kali jejak kaki ke negara orang....

Esoknya saya bangun awal sebab excited untuk start kehidupan di Jepun. Saya berdiri tepi tingkap untuk tengok aktiviti pagi orang Jepun. Diluar hujan rintik2, sejuk dan tingkap agak berkabus. Kelihatan pokok baru nak berbunga dan orang Jepun jalan kaki sambil bawa payung. Lepas mandi saya turun makan. Makanan yg disediakan adalah nasi goreng. Apa yg saya fahamkan, sepatutnya kami perlu tinggal di hotel selama 2-3 hari untuk sessi taklimat dan program2 untuk pelajar baru. Tapi oleh kerana keputusan yg dibuat kerajaan untuk melepaskan kami ke Jepun dibuat lambat, maka tiada program untuk kami untuk membolehkan kami mendaftar di tempat belajar secepat mungkin.

Lepas makan kami semua dibahagikan mengikut mode perjalanan masing-masing. Saya akan naik Shinkansen dan semua yg akan belajar di Oyama, Utsunomiya, Fukushima, Sendai, Ichinoseki, Morioka, Hachinohe akan menaiki train yg sama. 
Selain Shinkansen, ada kawan saya yg lain naik flight ke Hokkaido macam Ahmad Fauzan Othman, Ashadi, Ushi dan yg paling jauh adalah Md Salfhi dan Ns Syah . Depa dua ni dok Kushiro. Nak sampai sini boleh nangis woo. Tak ramai yg sampai sini. Harap saya ada kekuatan untuk menulis pengalaman saya ke Kushiro dan seluruh Hokkaido dimasa hadapan. Ada juga yg hanya naik keretapi biasa sebab tiada Shinkansen ke tempat mereka macam ke Ibaraki, Kisarazu, Iwaki. Iwaki adalah tempat yg paling bahaya ketika ini kerana kesan radiasi dari tragedi Tsunami beberapa tahun dulu.

Berbalik kepada cerita saya, group saya dihantar ke Ueno Station dengan bas. Dalam group ni saya cuma kenal Mat Jiji, Hamidun dan Taufik shj. Yg lain semua pelajar dari UM dan rata2nya perempuan. Perempuan macam biasa beg depa banyak so dalam perjalanan untuk menaiki Shinkansen, ada la beberapa kali saya tolong tolak atau angkat beg depa. Ada yg jadi kawan lepas tu. 

Sambungan
- first impression of Ichinoseki 

Kebetulan gambar yg dlm simpanan adik saya untuk sambung cerita ni adalah gambar Mat Jiji. Tak ada gambar saya. Saya rasa saya kenal siapa belakang Mat Jiji tu.

Ahad, 3 Mei 2020

Gerak Malaysia: Rupa respons aplikasi Gerak Malaysia terbaru

Seperti yang disarankan oleh pihak polis, untuk mereka yang terkandas dan mahu pulang ke kediaman sebaiknya membuat permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia. Namun ramai yang tidak sedar yang aplikasi ini sudah ada versi terbaru.
Jika anda terkandas, pastikan anda sudah update aplikasi anda dan kemaskini data yg diperlukan bermula dari 4 Mei. Pihak polis akan mula memproses permohonan pada 6 Mei 2020 untuk kelulusan merentasi negeri.
Selepas anda kemaskini data anda, anda akan dapat respon seperti dibawah.


Mytrace: Fakta menggerunkan kalau tak install

Baru baru ini Perdana menteri ada menyebut 2 apps yang digalakkan kepada rakyat Malaysia untuk digunakan di handphone pintar masing-masing. Salah satu app yg disebut adalah Mytrace. My trace adalah app yg dibina untuk mengesan kontak rapat pesakit covid 19.


Apa yg kami fahami, jika kita ke supermarket dan salah sorang contact rapat pesakit covid berada dekat dengan kita, app ni akan memberi isyarat ALERT pada kita. Namun bagaimana pula contact pesakit covid tersebut tidak menggunakan aplikasi ini? Kami ada bertanyakan admin app tentang keberkesanan aplikasi ini dan jawapannya seperti dibawah.


Menurut admin, system ALERT tidak akan berfungsi jika contact pesakit covid tersebut tidak menggunakan aplikasi ini. Jadi untuk pastikan system ini berjaya, semua rakyat Malaysia haruslah install dan sentiasa  ON aplikasi ini. Seperti kita tahu, mangsa covid 19 kebanyakan adalah warga emas dan kebanyakan warga emas kurang arif tentang IT. Diharap kita semua dapat sebarkan maklumat ini kepada ibubapa kita dan juga insan tersayang. Terutama kita diambang PKPB dimana ramai yang akan bergerak melakukan aktiviti diluar.

Install app disini

Sabtu, 25 April 2020

Pengalaman jual rumah yg disewa Rohingya

Kebelakangan ini kita dapat lihat banyak topik berkenaan Rohingya yang viral. Ada yg mengatakan Rohingya adalah bangsa pengotor. Disini saya ingin berkongsi pengalaman menjual rumah yg disewa oleh pendatang Rohingya.

Saya aktif menjual rumah dikawasan utara tanah air dan pada suatu hari kawan saya semasa belajar di Jepun dulu menghubungi saya. Kawan saya kini menetap di Kuantan tapi beliau ada rumah di Pulau Pinang yang sedang disewakan. Selepas berbincang, saya dapat tahu yang rumahnya sedang disewa oleh keluarga Rohingya.

Pengalaman saya menjual rumah yg sedang disewakan ni selalunya cerita yang tidak indah dan sukar untuk dijual. Selalunya penyewa tak bagi kerja sama sebab tak mahu rumah dijual hingga mereka terpaksa untuk berpindah ke rumah lain. Bila kita bagitahu ke penyewa yang ada pembeli nak datang tengok rumah contohnya Sabtu 5pm,  ada penyewa yang akan memberi pelbagai alasan. Setelah berbincang akhirnya kita setuju dengan masa yang diberi oleh penyewa iaitu Sabtu 11am. Bila kita call hari Jumaat, statusnya masih OK. Tapi bila kita call hari Sabtu, handphone penyewa off sehari suntuk. Ada juga penyewa yg tepati masa tapi keadaan rumah "mashaallah" berserabut. Pembeli masuk pun dah tak ada hati kat rumah tu. Namun bukan semua penyewa berperangai begini.

Berbalik kepada cerita kawan saya tadi. Selepas diberitahu yg rumahnya disewa oleh Rohingya, dalam fikiran saya kalau rumah orang kita pun serabut, inikan pula rumah pelarian. Penyewa rumah kawan saya ni bernama J. Sebelum membawa pembeli, biasanya saya akan tengok rumah seorang diri terlebih dahulu. Selepas saya telefon dan nyatakan tarikh dan masa untuk saya tengok rumah, J tanpa banyak soal terus setuju. Bila saya sampai di guardhouse apartment, J dah menunggu saya disitu. Padahal saya sampai tepat pada masanya. Orangnya berumur pertengahan 40an, pendek dan gelap macam rohingya yg lain. Juga jelas kelihatan beliau suka makan sireh. 

Di guardhouse saya dapati ramai yang menyapa J dan nampaknya beliau disenangi oleh penghuni tempatan yg tinggal disitu. Selepas selesai urusan pendaftaran, saya pun dibawa ke unit rumah dengan menaiki lif. Didalam lif pun ada beberapa penghuni tempatan yg tegur dan sembang dengan J. Bila pintu rumah dibuka, saya agak terkejut sebab keadaan rumahnya tidaklah seperti rumah pelarian yg saya sangkakan. Rumahnya kemas,teratur dan dijaga baik. J tinggal bersama isteri, 2 anak dan adik ipar. Gambar rumah mereka seperti dibawah. 









Mungkin tak berapa kemas bagi mata sesetengah orang tapi bagi mata ejen hartanah yang menjual rumah yg sedang disewakan, tahap ni dah cukup kemas. Selepas itu 2-3 kali juga saya bawa pembeli untuk melihat rumah dan J memberi kerjasama yang baik dari segi masa dan kemasan rumah. 

Ya. Memasuki Malaysia secara haram adalah salah dan Malaysia harus memperketatkan lagi kawalan sempadan. Namun untuk kita label dan memburukkan sesuatu bangsa secara total adalah tidak wajar. Sama seperti barat melabel Islam dengan keganasan yg kita semua pun tidak setuju.
Apa pula pendapat anda?

Nazree 
0164449278

Selasa, 21 April 2020

Fungsi Inositol dalam Sindrom Metabolik

Inositol boleh Membantu Mengawal Faktor Risiko Sindrom Metabolik

Kajian klinikal menunjukkan suplemen inositol mungkin bermanfaat bagi mereka yang mempunyai sindrom metabolik

Sindrom metabolik adalah sekumpulan keadaan yang meningkatkan risiko penyakit kronik anda, termasuk penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

Secara khusus, lima keadaan dikaitkan dengan sindrom metabolik


  • Lemak berlebihan di kawasan perut
  • Tahap trigliserida yang tinggi dalam darah
  • Tahap kolesterol HDL “baik” rendah
  • Tekanan darah tinggi
  • Gula darah tinggi

Dalam kajian klinikal selama setahun pada 80 wanita dengan sindrom metabolik, 2 gram inositol yang diambil dua kali sehari mengurangkan kadar trigliserida darah dengan purata 34% dan kolesterol total sebanyak 22%. Peningkatan tekanan darah dan gula darah juga dilihat (24).

Hebatnya, 20% wanita yang mengambil suplemen inositol tidak lagi memenuhi kriteria sindrom metabolik pada akhir kajian. Adakah Inositol adalah jawapan kepada kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi?

Sumber _ healthline

Sindrome Metabolik, punca dan cara mengatasinya.

Sindrom metabolik adalah sekumpulan keadaan yang berlaku bersama, meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan diabetes jenis 2. Keadaan ini termasuk peningkatan tekanan darah, gula darah tinggi, lemak badan berlebihan di pinggang, dan kadar kolesterol atau trigliserida yang tidak normal.

Mempunyai salah satu daripada keadaan ini tidak bermaksud anda menghidapi sindrom metabolik. Tetapi ini bererti anda mempunyai risiko penyakit serius yang lebih besar. Sekiranya anda mengalami lebih banyak keadaan ini, risiko komplikasi anda, seperti diabetes jenis 2 dan penyakit jantung, akan meningkat lebih tinggi.

Sindrom metabolik semakin biasa, dan sehingga ramai rakyat Malaysia memilikinya. Sekiranya anda mempunyai sindrom metabolik atau komponennya, perubahan gaya hidup yang agresif dapat melambatkan atau bahkan mencegah perkembangan masalah kesihatan yang serius.

Punca
Sindrom metabolik berkait rapat dengan berat badan berlebihan atau kegemukan dan tidak aktif.

Ia juga dikaitkan dengan keadaan yang disebut ketahanan insulin. Biasanya, sistem pencernaan anda memecah makanan yang anda makan menjadi gula. Insulin adalah hormon yang dibuat oleh pankreas anda yang membantu gula memasuki sel anda untuk digunakan sebagai bahan bakar.

Pada orang yang mempunyai ketahanan insulin, sel tidak bertindak balas secara normal terhadap insulin dan glukosa tidak dapat memasuki sel dengan mudah. Akibatnya, kadar gula dalam darah anda meningkat walaupun badan anda mengeluarkan lebih banyak dan lebih banyak insulin untuk menurunkan gula darah anda.

Faktor-faktor risiko
Faktor-faktor berikut meningkatkan kemungkinan anda mengalami sindrom metabolik:


  • Umur. Risiko sindrom metabolik anda meningkat seiring bertambahnya usia.
  • Etnik. Di Amerika Syarikat, orang Hispanik - terutama wanita Hispanik - nampaknya berisiko paling besar untuk mengalami sindrom metabolik.
  • Obesiti. Mengambil berat badan terlalu banyak, terutama di perut anda, meningkatkan risiko sindrom metabolik anda.
  • Diabetes. Anda lebih cenderung menghidap sindrom metabolik jika anda menghidap diabetes semasa kehamilan (diabetes kehamilan) atau jika anda mempunyai sejarah keluarga diabetes jenis 2.
  • Penyakit lain. Risiko sindrom metabolik anda lebih tinggi jika anda pernah mempunyai penyakit hati berlemak tanpa alkohol, sindrom ovarium polikistik atau apnea tidur.

Komplikasi
Mempunyai sindrom metabolik dapat meningkatkan risiko anda terkena:

Diabetes jenis 2. Sekiranya anda tidak membuat perubahan gaya hidup untuk mengawal berat badan anda yang berlebihan, anda mungkin mengalami ketahanan terhadap insulin, yang boleh menyebabkan kadar gula dalam darah anda meningkat. Akhirnya, ketahanan insulin boleh menyebabkan diabetes jenis 2.
Penyakit jantung dan saluran darah. Kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi boleh menyumbang kepada penumpukan plak di arteri anda. Plak ini dapat menyempitkan dan mengeraskan arteri anda, yang boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.

Pencegahan
Komitmen sepanjang hayat untuk gaya hidup sihat dapat mencegah keadaan yang menyebabkan sindrom metabolik. Gaya hidup sihat merangkumi:


  • Mendapat sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal hampir setiap hari
  • Makan banyak sayur-sayuran, buah-buahan, protein tanpa lemak dan biji-bijian
  • Mengehadkan lemak tepu dan garam dalam makanan anda
  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Tidak merokok
Sumber- Mayoclinic