Selasa, 24 Disember 2013

Travel from Kota Kinabalu to Kundasang, Sabah

Keesokannya kami check out awal sebab kami mahu sampai ke Kundasang seawal mungkin. Tapi sebelum ke sana kami singgah dulu di waterfront. Tak sah rasanya kalau tak bergambar disini.


Perjalan ke Kundasang mengambil masa selama 2 jam lebih melalui Tuaran. Pada pagi itu kami ternampak puncak gunung Kinabalu dari Jesselton Point. Teringat pada company trip saya yang lepas dimana ramai staff yang kempunan nak tengok gunung kinabalu.Padahal kami ada pergi Jesselton Point utk minum petang. Kami isi minyak secukupnya di area UMS. Isi minyak secukupnya . Jalan pendakian bukit bermula dari jambatan Tamparuli dan suasana mengasyikkan dikiri kanan jalan. pastikan minyak anda diisi sebelum tamparuli sebab anda takkan jumpa petrol station hinggalah anda tiba di Ranau. Kelajuan kereta terhad kerana jalan berliku dan pemandangan yang cantik.

Berhenti ditepi jalan berhampiran Pekan Nabalu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan