Selasa, 24 Disember 2013

Celyn Resort, Kundasang

Kami menempah hotel ini melalui Agoda. Hotel ini bukan berada ditepi jalan sebaliknya untuk ke hotel ini kami terpaksa menaiki bukit sejauh 3km dengan jalan yg tidak berturap. Ada perkampungan kecil disini dan hotel ini berada dipuncak bukit kampung semuruh. Setelah sampai kami pun check in.



 Kami book hotel yang menghadap Gunung Kinabalu namun receptionist memberi kami pilihan untuk diupgrage ke bilik besar. tapi bilik itu tak nampak gunung kinabalu sebab pemandangan terlindung sikit dengan hutan. Kami pilih untuk tinggal dibilik yang lebih besar.
Bilik kami adalah antara yang tertinggi disini. 

2 bilik ni kami punya

Ameer & Areef seronok sebab x pernah dapat katil besar macam ni


Jangan komen walaupun cuma ada kipas. Sebab malam sure korang bangun untuk off kan kipas...sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan