Salam Sejahtera;
Percutian keluarga pilihan kami pada tahun ni adalah Sabah. Saya pernah ke Sabah atas percutian yang dianjurkan pihak syarikat tapi rasa tak puas. No doubt Sabah adalah negeri yang menarik dan teringin sekali saya bawa family saya untuk menikmati keindahan Negeri di bawah bayu ini.
Pecutian kami bertarikh pada 14~17 Dec 2014. Tempahan tiket dibuat melalui Airasia online sahaja 2 minggu sebelum perjalanan. Jumlah kos penerbangan untuk 4 dewasa, 2 kanakkanak dan 1 bayi berjumlah MYR3596. Dokumen yang diperlukan adalah kad pengenalan dan mykid sahaja. Ini kali pertama family saya menaiki kapal terbang. Perjalanan dari Kuantan ke LCCT mengambil masa 4 jam dan kami nyaris terlepas flight oleh kerana jalan sesak dibeberapa tempat mungkin sempena cuti sekolah dan kenduri kahwin disekitar KL.Parking di zone C adalah MYR33.50/hari dan jaraknya tak jauh sangat dari terminal.
|
Anak2 saya yang 1st time naik flight |
.
|
Asyik tengok awan |
|
Banjir disekitar sungai Pahang |
.
|
Kompleks DRB HICOM Pekan. Tempat cari makan. |
|
Ameer memang layak jadi model makanan dalam flight AirAsia |
|
Sedap tak terhingga.Harga MYR12. |
Penerbangan kami smooth dan kami selamat sampai di Terminal 2 KK jam 4pm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan