Episod 5
Esoknya saya dibawa ke Pejabat daerah atas pelbagai dokumentasi dan disini saya dapat Alien Card dan insurance. Kat Malaysia Kita panggil warga asing baik2 tapi kat Jepun depa terus dia label kita makhluk asing. Walaupun begitu, Alien card ni kelebihannya adalah bila kita masuk Jepun, kita akan beratur di Line warganegara Jepun yg selalunya pendek dari barisan immigration untuk warga asing. Time ni warga asing yg tengah beratur panjang pun tengok kita semacam je bila kita beratur kat Line Jepun. Saya x pasti sama ada pemegang kad warga asing di Malaysia boleh beratur di Line warganegara immigration Malaysia. Setakat ni tak pernah ada Bangla atau Nepal beratur kat belakang saya. Bagi Super, Alien Card ni macam lesen Agung. Jepun takut dengan warga asing dan pemegang card ni boleh dikategorikan "untouchable". Kalau polis tahan, tunjuk kad ni dan balas dengan bahasa Jepun tunggang langgang sampai polis pun giveup. Ada masa saya buat2 x faham bahasa Jepun. Selalunya kena sound dengan polis sebab bawa basikal tak pasang lampu waktu malam.
Sekembalinya ke sekolah, saya di serah ke Sato Takashi sensei. Beliau adalah guru kelas saya. Mengajar subjek rikigaku( daya) berumur awal 50an tapi rupa muda 10 tahun. Begitu mengambil berat tentang saya walaupun beberapa tahun lepas tu beliau bukan lagi guru kelas saya. Saya akan dibawa ke kelas untuk mulakan sessi pembelajaran. Saya belajar mechanical Engineering. Semuanya lelaki dalam kelas tu dan rambut pun ada macam-macam color dan fesyen. Yg bawa bantal pun ada. Biasanya bila dah kelas rupa ni, mesti banyak masalah disiplin. Meja disusun mengikut abjad Jepun dari depan ke belakang. Oleh kerana nama saya guna tulisan katakana, ataupun dari segi hierarki nya diletak dibelakang hiragana(semua nama Jepun guna ni) maka saya diletakkan di sudut paling belakang sekali. Lepas perkenalkan diri, saya pun berjalan ke belakang. Reaksi pelajar2 yg dok belakang pun semacam je. Saya perasan depa tengok saya atas dan bawah.
Kelas bermula. Sensei x boleh cakap Jepun seketul2 demi saya takut nanti budak-budak Jepun lain bosan pulak. So dia pun ajar lah macam biasa. Hasilnya satu pun saya tak faham. Seperti di Malaysia, Di Jepun pun ada loghat masing masing. Sedangkan maklumat tentang Ichinoseki pun susah nak dapat, inikan pula Loghat Iwate. Loghat Iwate memang saya x pernah dengar. Kelas berganti kelas tapi satu pun saya tak faham. Cuma satu je yg saya ingat, iaitu kelas Suiriki " daya air" (sorry saya x pandai translate) yg di ajar oleh Yaegashi sensei.
Oleh kerana susah nak sebut namanya, maka budak-budak Jepun ringkaskannya jadi Yae chan. Seorang lelaki berumur lewat 50an ke awal 60an, bercermin mata tebal, rambut rapi(nerd) dan ke sekolah naik basikal tua. Suara dia monotone, tanpa intonasi dan nak cakap pun macam takut takut. Dalam masa 10-20 min dia mampu menewaskan hampir separuh kelas dengan kuasa tidur. Lama kelamaan tinggal saya seorang shj yg masih belum tewas. Dari seat paling belakang saya boleh nampak very nice view semua kepala terlentok. Selain nak jaga adab sebagai pelajar baru, bagi saya suasana itu unik dan saya nak tengok ending nanti macam mana. Kalau kat Malaysia, sure dah terbang kapur atau pemadam papan hitam kat budak yg tidur. Saya surprised sebab kelas diteruskan sampai lah habis. Nasib baik ketua kelas sedar kelas dah nak habis dan panggil semua murid bangun untuk ucap terima kasih. Risau juga kalau saya yang nak kena panggil semua bangun dan ucap terima kasih. Patut lah ada beberapa budak dalam kelas tu siap bawa bantal. Saya boleh tengok betapa enaknya budak sebelah saya tidur. Minggu kedua saya belajar di kelas Yaechan, keadaan masih sama cuma kali tu saya masih belum tewas sebab saya nak jaga nama Malaysia. Tapi lama-kelamaan saya tewas juga beberapa minggu kemudiannya. Saya masih ingat betapa sukarnya saya melawan dan ketika saya berjaya membuka sedikit mata, saya nampak Yaechan bercakap seorang diri. Kadangkala dia sendiri tanya, dia sendiri jawap. Kasihan sungguh. Saya nak bantu tapi apa kan daya. Ada hari saya pula yg melebih2. Sebelum tidur Yaechan kat depan. Bila buka mata dah tukar ke sensei lain.
Berbalik kepada perihal rakan sekelas saya, masih tiada siapa yg berani tegur saya. Esok pun sama. Akhirnya ada satu budak yg agak jauh juga tempatnya dari saya datang dan bertegur dengan saya. Saya pun jawap. Bermula dari situ beberapa budak dikeliling saya mula bertegur sapa dan berkawan rapat. Sampai Sato sensei ingatkan kat budak belakang supaya tak bagi pengaruh negatif kat saya. Malangnya budak yg mula2 tegur saya tadi bunuh diri beberapa bulan selepas itu. Kelebihan duduk di paling belakang ni adalah kita boleh nampak semua yg berlaku dalam kelas. Budak kelas saya nakal sikit dan meniru adalah perkara biasa asal jangan kantoi. Mamat ni kantoi, dan sensei yg bertugas hempuk kepala mamat ni dengan buku teks. Saya boleh nampak bagaimana sensei ni datang dari belakang dan hempuk buku tu. Esoknya mamat ni tak datang. Hari kedua pun tak datang. Hari ketiga Sato sensei datang ganggu kelas sensei lain dan buat pengumuman yg mamat tu dah bunuh diri dengan cara gantung diri tepi tingkap.
Sorry sebab ending episod ni dark sikit...
-Bersambung-
Ada ajak ponteng tengok konsert Metallica, tempah tiket balik Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan