Rabu, 7 November 2012

Rumah Kelahiran P Ramlee



















Siapa yg x kenal P Ramlee?Kepada yg kenal,x kan x teringin nak gi melawat rumah P Ramlee?Selalu jugak kami sekeluarga melawat Rumah Kelahiran P Ramlee nih.Tambahan lagi bayaran masuknya adalah free.Ianya dibuka setiap hari dari 10am hingga 5pm kecuali Isnin.Tapi kalau Isnin tu adalah cuti umum,tempat ni akan dibuka.




Mengikut ceritanya rumah ni dibina pada tahun 1926 dan kerja pemuliharaan telah dilakukan beberapa kali.Disebelahnya pula ada Arkib Negara yg mempamerkan banyak koleksi2 dan gambar berkaitan dgn P Ramlee.Tempat ni mmg terjaga elok.Parking pun disediakan.



Bukan sahaja rumah ni special sebab P Ramlee,kita juga boleh melihat mcm mana rumah orang melayu dulu2.Rumah ni terbahagi kepada 4 beberapa bahagian.



1.Pengenalan P. Ramlee

2.Ruangan Seni dan Sukan

3.Bilik Tidur

4.Ruang Dapur



Aku pernah jumpa seorang pakcik yg tinggal berdekatan dgn rumah P Ramlee.Dia kata dia kawan P Ramlee.Mcm2 yg diceritakan.So kalau nampak ada org2 tua dok melepak kat situ,jgn segan bertanya.Mungkin itu kawan P Ramlee dan banyak cerita P Ramlee yg diorang boleh ceritakan.Pakcik tu bagitau yg rumah P Ramlee ni sebelah ngan kubur jepun.Sepanjang aku gi sini, x pernah pun aku nampak.Bila aku perati betul2,punya la banyak kubur jepun kat tepi rumah dia. Padan la dlm cerita P Ramlee pun ada hantu jepun.Mungkin dia expert bab hantu jepun.



Jgn lupa bawa kamera sbb tempat ni mmg cantik kalau nak bergambar.So kepada semua yg berkunjung ke Pulau Pinang,jgn lupa singgah sini(GPS:5.410069,100.313469)

Wedding Photography by NZRPhoto http://nzrphoto.blogspot.com





Tiada ulasan:

Catat Ulasan