Selasa, 13 April 2021

Episode 5

 Episod 5


Esoknya saya dibawa ke Pejabat daerah atas pelbagai dokumentasi dan disini saya dapat Alien Card dan insurance. Kat Malaysia Kita panggil warga asing baik2 tapi kat Jepun depa terus dia label kita makhluk asing. Walaupun begitu, Alien card ni kelebihannya adalah bila kita masuk Jepun, kita akan beratur di Line warganegara Jepun yg selalunya pendek dari barisan immigration untuk warga asing. Time ni warga asing yg tengah beratur panjang pun tengok kita semacam je bila kita beratur kat Line Jepun. Saya x pasti sama ada pemegang kad warga asing di Malaysia boleh beratur di Line warganegara immigration Malaysia. Setakat ni tak pernah ada Bangla atau Nepal beratur kat belakang saya. Bagi Super, Alien Card ni macam lesen Agung. Jepun takut dengan warga asing dan pemegang card ni boleh dikategorikan "untouchable". Kalau polis tahan, tunjuk kad ni dan balas dengan bahasa Jepun tunggang langgang sampai polis pun giveup. Ada masa saya buat2 x faham bahasa Jepun. Selalunya kena sound dengan polis sebab bawa basikal tak pasang lampu waktu malam.


Sekembalinya ke sekolah, saya di serah ke Sato Takashi sensei. Beliau adalah guru kelas saya. Mengajar subjek rikigaku( daya) berumur awal 50an tapi rupa muda 10 tahun. Begitu mengambil berat tentang saya walaupun beberapa tahun lepas tu beliau bukan lagi guru kelas saya. Saya akan dibawa ke kelas untuk mulakan sessi pembelajaran. Saya belajar mechanical Engineering. Semuanya lelaki dalam kelas tu dan rambut pun ada macam-macam color dan fesyen. Yg bawa bantal pun ada. Biasanya bila dah kelas rupa ni, mesti banyak masalah disiplin. Meja disusun mengikut abjad Jepun dari depan ke belakang. Oleh kerana nama saya guna tulisan katakana, ataupun dari segi hierarki nya diletak dibelakang hiragana(semua nama Jepun guna ni) maka saya diletakkan di sudut paling belakang sekali. Lepas perkenalkan diri, saya pun berjalan ke belakang. Reaksi pelajar2 yg dok belakang pun semacam je. Saya perasan depa tengok saya atas dan bawah. 


Kelas bermula. Sensei x boleh cakap Jepun seketul2 demi saya takut nanti budak-budak Jepun lain bosan pulak. So dia pun ajar lah macam biasa. Hasilnya satu pun saya tak faham. Seperti di Malaysia, Di Jepun pun ada loghat masing masing. Sedangkan maklumat tentang Ichinoseki pun susah nak dapat, inikan pula Loghat Iwate.  Loghat Iwate memang saya x pernah dengar. Kelas berganti kelas tapi satu pun saya tak faham. Cuma satu je yg saya ingat, iaitu kelas Suiriki " daya air" (sorry saya x pandai translate) yg di ajar oleh Yaegashi sensei.


Oleh kerana susah nak sebut namanya, maka budak-budak Jepun ringkaskannya jadi Yae chan. Seorang lelaki berumur lewat 50an ke awal 60an, bercermin mata tebal, rambut rapi(nerd) dan ke sekolah naik basikal tua. Suara dia monotone, tanpa intonasi dan nak cakap pun macam takut takut. Dalam masa 10-20 min dia mampu menewaskan hampir separuh kelas dengan kuasa tidur. Lama kelamaan tinggal saya seorang shj yg masih belum tewas. Dari seat paling belakang saya boleh nampak very nice view semua kepala terlentok. Selain nak jaga adab sebagai pelajar baru, bagi saya suasana itu unik dan saya nak tengok ending nanti macam mana. Kalau kat Malaysia, sure dah terbang kapur atau pemadam papan hitam kat budak yg tidur. Saya surprised sebab kelas diteruskan sampai lah habis. Nasib baik ketua kelas sedar kelas dah nak habis dan panggil semua murid bangun untuk ucap terima kasih. Risau juga kalau saya yang nak kena panggil semua bangun dan ucap terima kasih. Patut lah ada beberapa budak dalam kelas tu siap bawa bantal. Saya boleh tengok betapa enaknya budak sebelah saya tidur. Minggu kedua saya belajar di kelas Yaechan, keadaan masih sama cuma kali tu saya masih belum tewas sebab saya nak jaga nama Malaysia. Tapi lama-kelamaan saya tewas juga beberapa minggu kemudiannya. Saya masih ingat betapa sukarnya saya melawan dan ketika saya berjaya membuka sedikit mata, saya nampak Yaechan bercakap seorang diri. Kadangkala dia sendiri tanya, dia sendiri jawap. Kasihan sungguh. Saya nak bantu tapi apa kan daya. Ada hari saya pula yg melebih2. Sebelum tidur Yaechan kat depan. Bila buka mata dah tukar ke sensei lain. 


Berbalik kepada perihal rakan sekelas saya, masih tiada siapa yg berani tegur saya. Esok pun sama. Akhirnya ada satu budak yg agak jauh juga tempatnya dari saya datang dan bertegur dengan saya. Saya pun jawap. Bermula dari situ beberapa budak dikeliling saya mula bertegur sapa dan berkawan rapat. Sampai Sato sensei ingatkan kat budak belakang supaya tak bagi pengaruh negatif kat saya. Malangnya budak yg mula2 tegur saya tadi bunuh diri beberapa bulan selepas itu. Kelebihan duduk di paling belakang ni adalah kita boleh nampak semua yg berlaku dalam kelas. Budak kelas saya nakal sikit dan meniru adalah perkara biasa asal jangan kantoi. Mamat ni kantoi, dan sensei yg bertugas hempuk kepala mamat ni dengan buku teks. Saya boleh nampak bagaimana sensei ni datang dari belakang dan hempuk buku tu. Esoknya mamat ni tak datang. Hari kedua pun tak datang. Hari ketiga Sato sensei datang ganggu kelas sensei lain dan buat pengumuman yg mamat tu dah bunuh diri dengan cara gantung diri tepi tingkap.


Sorry sebab ending episod ni dark sikit...


-Bersambung-

Ada ajak ponteng tengok konsert Metallica,  tempah tiket balik Malaysia

Ahad, 11 April 2021

Kisah pengalaman belajar di Jepun - episod 4

 Episod 4


Bila nampak Shinkansen buat kali pertama, memang teruja. Tengok bentuk pun dah cukup. Bila Shinkansen sampai kami semua masuk ke Shinkansen dan antara perkara yg saya x sabar adalah nak test duit syiling boleh berdiri ke tidak. Orang kata Shinkansen ni selesa sampai duit syiling yg berdiri pun x jatuh. Nasib baik dapat duduk tepi tingkap. Bila Shinkansen bergerak, saya try dirikan duit syiling 500yen. Memang boleh berdiri tapi saya pun x lah test lama mana. Dibuatnya jatuh dan bergolek ke belakang, rugi besar saya. 500yen sama dengan rm15. Shinkansen memang selesa. Sebelum ni kenderaan awam darat yg selalu saya naik di Malaysia adalah bas mini pink, Intrakota, bas hijau Sitiawan dan bas ekspres Plus liner shj.


Dalam 30min, kami sampai Oyama. Mat Jiji dan Hamidun turun kat sini. Saya tengok tempat mat Jiji tak la hulu sangat sebab dari Tokyo tadi asyik nampak bangunan je. Dengan jarak 30min shj ke Tokyo, maka mat Jiji boleh selalu ronda Tokyo. Harap Mat Jiji still maintain sebagai remaja baik. Kemudian Shinkansen berhenti di Fukushima. Pelajar2 Fukushima Universiti turun kat sini. Kemudian beberapa pelajar turun di Sendai. Sendai adalah bandar terbesar di Utara Jepun(Tohoku). Kalau kami nak rasa jalan2 yg ada class sikit, Sendai lah tempatnya. Mesti ada yg pernah tengok video atau youtube tsunami masuk bandar dan kereta terapung-apung antara bangunan kan? Kejadian ni berlaku di Sendai. Bergerak dari Sendai, kebanyakan pemandangan saya dihidangkan dengan pokok dan rumah yang berjauhan antara satu sama lain. 


Selepas 20min perjalanan dari Sendai, akhirnya sampai ke destinasi saya iaitu Ichinoseki. Stesen keretapi Ichinoseki kecil sahaja berbanding dengan stesen-stesen sebelum ni. Di luar pagar ada longgokan kayu pine setinggi 2-3 meter. Banyak pokok tirus di luar. Saya seorang je pelajar Malaysia yg turun disini dan ni kali pertama saya jalan kaki seorang di Jepun tanpa guide. Udara disini segar sekali. Ada beberapa Jepun turun disini juga. Saya ikut arah mereka berjalan. Sampai di exit, Saya nampak ada Jepun pegang kertas putih tertulis nama saya. Beliau perkenalkan diri beliau sebagai Chiba sensei. 


Beliau adalah PIC untuk foreign student di tempat kami dan juga mengajar subject English. Sampai lah habis belajar disana saya x sempat belajar bahasa English dengan Chiba sensei. Di Malaysia English saya dikategorikan sebagai teruk. Tapi di kelas saya di Jepun, saya dikategorikan sebagai tak perlu datang kelas pun boleh dapat A. Ya betul. Saya dapat pengecualian tapi masih perlu ambil test. Tapi pernah juga saya dapat result B. Hanya pada permulaan sahaja saya join Kelas English. Saya masih ingat setiap pelajar kena bangun baca buku Harry Potter lebih kurang 5 ayat. Masa ni Harry Potter x ada filem lagi. Rata2 Jepun nak habiskan satu ayat pun punyalah payah.


Berbalik ke cerita kami di stesen keretapi, saya dibawa ke kereta dan kami menaiki kereta ke asrama. Sepanjang perjalanan saya rasa teruja sebab persekitaran bersih, bandar yg tenang, bunga sakura pink dan putih baru nak mekar dikiri kanan, ada swan dalam sungai jernih dan ada sisa sisa salji ditepi jalan. Masa ni internet dah ada tapi content masih terhad. Google tak wujud lagi. Cuma ada Yahoo shj. Kalau search Ichinoseki pun, terlalu sikit maklumat dan gambar yang ada. So bila tengok Ichinoseki dengan mata sendiri, saya rasa sungguh lega sebab tempatnya jauh lebih baik dari sangkaan saya. Sambil berjalan, Chiba sensei cuba bersembang dengan saya menggunakan bahasa Jepun Standard Dan secara perlahan-lahan. Saya tak berapa ingat apa topiknya sebab saya lebih fokus pada pandangan luar .Selepas 10 minit kami pun sampai ke asrama. 


Saya ditunjukkan bilik saya oleh staff asrama. Bilik pelajar asing di tempatkan di ground floor. Size bilik lebih kurang dalam 8'x 12' dan di dalamnya ada meja study, katil atas lantai bertatami(rumput Jepun), almari baju, rak buku dan pemanas bilik. Tingkap bilik saya menghadap padang.  Bilik air, dapur kongsi disediakan hanya untuk pelajar asing. Masa tu pelajar lain masih dalam waktu belajar. Teringin saya nak jumpa senior2 saya. Masa ni saya cuma tahu Joko Khairul Hisyam. Masa di UTM, saya tak ada kesempatan untuk bersembang dan berkawan dengan Joko. Ada senior2 yg saya kawan antaranya Rashidi Boyyan tapi dia dok kat tempat lain.


Kemudian saya dibawa ke pejabat sekolah untuk pendaftaran, urusan buku teks dsb. Lepas settle, saya dibawa kembali ke asrama. Di asrama semua junior bila lintas senior, mereka akan tunduk hormat. Walaupun kepada pelajar asing yang baru sampai. Kolej kami bermula dari tahun 1 sampai 5. Saya masuk terus ke tahun 3. Masa saya sampai di asrama, ketika tu dah ada beberapa pelajar asing di situ. Saya diperkenalkan kepada Joko, Super Ichinoseki Iwate , Eko Priyanto dan Shorif. Eko adalah pelajar dari Indonesia dan belajar satu kelas dengan Joko di bidang electrical engineering. Dia Non Muslim chinese dan memilih untuk makan di kantin asrama bersama pelajar Jepun yang lain. Dia rapat dengan kami dan dengan kami dia guna bahasa melayu shj. Walaupun dia sentiasa cool, tapi di kelas selalu dapat top ranking mengalahkan pelajar Jepun. Shorif pula adalah pelajar dari Bangladesh. Masa mula mula jumpa dia saya ada intro kat dia dlm bahasa Bangla. Dia kata saya "matha kharaf" atau " otak x betul"  sebab by right tak ada orang yg nak belajar bahasa Bangla. Seingat saya ditahun akhir, ada beberapa perkataan bahasa melayu hasil dari perbualan harian pelajar melayu disini yang dia dapat teka. Saya x ingat Detail tapi yg pasti bukan " mau hijau ka kuning boss? ". Nama penuh dia adalah MD Shoriff Chowdhury tapi kami panggil Sarip je. Dia ambil jurusan Chemical Engineering. Mula2 dia join makan dengan kami tapi sebab masakan dia x kena dengan selera Majoriti, dia tarik diri. So dapur tu secara amnya pelajar Malaysia sahaja yg guna. Sarip guna kadang2 je.


Super saya anggap sebagai duta Ichinoseki sebab dia aktif perkenalkan Ichinoseki ke saya. Cinta dia terhadap Ichinoseki sampai FB pun pakai nama Ichinoseki. Nama asal adalah Shahnaz razemi, asal dari Melaka dan dia senior saya 2 tahun.Tapi dari segi umur dia atas 3 tahun sebab dia asal dari sekolah agama.Katanya dapat nama Super lepas slide atas lecak gaya Superman.


Joko pula nama penuhnya adalah Khairul Hisham bin maasom berasal dari Kelantan. Dulu belajar di STAR Ipoh. Atas saya 1 tahun, pandai masak Dan organise event. Kerana Joko, kami mampu beraya macam orang lain di Malaysia. Dari kolej lain pun boleh datang beraya dengan kami untuk merasakan nikmat Aidilfitri.


Ada satu lagi senior yg masih bercuti dan lambat balik ke Jepun masa ni iaitu Boss Ahmad Hisyamuddin . Berasal dari Terengganu dan satu batch dengan Super. Sentiasa tenang dan paling fasih berbahasa Jepun diantara kami. Member Jepun pun ramai.


Bersambung

- baru masuk belajar 1 hari dah ada orang ajak ponteng sekolah tengok konsert Metallica kat Tokyo, baru sampai Jepun Super dah ajak beli tiket balik Malaysia


Gambar

- Ichinoseki

Ahad, 21 Jun 2020

Kisah ku: Episod 3

Episod 3

Semua kot biru ditempatkan dibahagian tengah kapal terbang. Saya dan kawan-kawan di letakkan dibarisan 3 atau 4 dari hadapan bahagian tu. Pun di tengah-tengah juga dan tak ada pemandangan lansung. Depan semua perempuan yg belajar di UM. Saya dok sebelah Mat Jiji dan seorang lagi kawan saya. Kawan saya yg satu lagi ni masa kat kelas jenis kategori nakal juga. Nakal macam remaja biasa je tapi dia pandai. Bila kapal terbang dah dilandasan dan mula untuk berlepas, saya nampak dia menangis. Saya tak tanya tapi saya rasa dia rindukan family dia. Sebenarnya saya nak tengok tingkap tapi ternampak mata dia.

Sepanjang flight tu saya dan mat Jiji asyik pakai headphone dengar lagu. Sambil tu mata tengok flight information. Saya suka nak tahu flight dah sampai mana. Bila lalu Filipina, saya akan bangun ke toilet dan tengok kalau2 boleh nampak Filipina dari tingkap. Kalau nampak sesuatu saya akan panggil Mat Jiji untuk tengok sekali. 

Selepas 7 jam naik kapal terbang, kami pun sampai Tokyo (Narita airport). Lambat juga kat di immigration sebab tak tahu nak tulis embarkation form. Lepas settle urusan immigration dan kastam, ada orang immigration yg dah tunggu kami di balai ketibaan. Beberapa bas sudah disediakan dan kami akan dihantar ke hotel yang ditempah oleh pihak kedutaan. Bas Jepun bergerak perlahan tak macam bas ekspress Malaysia. Driver pakai sarung tangan putih dan topi macam pilot. Semasa bas bergerak kami boleh nampak bunga sakura mula nak berkembang di tepi jalan. Katanya 2 hari sebelum kami sampai, salji lebat kat Tokyo. Di pertengahan jalan ternampak signboard Tokyo Disneyland. Saya cuba cari Disneyland dari tingkap tapi tak jumpa. 

Selepas sejam lebih naik bas, kami pun akhirnya sampai di hotel. Ada bas yg dah sampai. Selepas ambil beg dari ruang bawah bas, saya pun bergerak ke hotel. Berdekatan hotel ada 7e. Saya nampak ramai yg bersongkok dalam 7e tu. Saya pun ikut masuk. Rupanya ini lah situasi yg selalu diceritakan oleh senior tentang pengalaman pertama mereka bila nampak 7e. Ramai berkerumun di bahagian megazine tapi sebenarnya kami lebih kepada nak pastikan kebenaran cerita2 senior sebelum ni. Lepas dah confirm, kami pun beredar. Rasanya boss 7e situ dah biasa rutin setiap tahun dengan budak kot biru bersongkok berkerumun di kedai dia. Ada juga yg ke situ beli rokok. 

Di hotel kami dibahagikan ke bilik masing-masing. Saya satu bilik dengan Hamidun. Hamidun berasal dari Batu Pahat dan boleh cakap Jawa. Idolanya adalah Malek Nor yg juga berasal dari Batu Pahat. Selalu sembahyang awal di surau. Setiap hari di dorm dia akan buat senaman bina badan. Rajin makan telur untuk protein. Hamidun ni pandai dalam banyak subjek dan last sekali dengar cerita dia sambung belajar sampai PhD kat Jepun. Ada juga kawan2 lain yg singgah ke bilik kami tengok rupa bilik kami. Tido awal keletihan malam tu sebab terlalu banyak kejadian hari tu. Bermula dari kunci tertinggal, pertama kali naik kapal terbang, pertama kali jejak kaki ke negara orang....

Esoknya saya bangun awal sebab excited untuk start kehidupan di Jepun. Saya berdiri tepi tingkap untuk tengok aktiviti pagi orang Jepun. Diluar hujan rintik2, sejuk dan tingkap agak berkabus. Kelihatan pokok baru nak berbunga dan orang Jepun jalan kaki sambil bawa payung. Lepas mandi saya turun makan. Makanan yg disediakan adalah nasi goreng. Apa yg saya fahamkan, sepatutnya kami perlu tinggal di hotel selama 2-3 hari untuk sessi taklimat dan program2 untuk pelajar baru. Tapi oleh kerana keputusan yg dibuat kerajaan untuk melepaskan kami ke Jepun dibuat lambat, maka tiada program untuk kami untuk membolehkan kami mendaftar di tempat belajar secepat mungkin.

Lepas makan kami semua dibahagikan mengikut mode perjalanan masing-masing. Saya akan naik Shinkansen dan semua yg akan belajar di Oyama, Utsunomiya, Fukushima, Sendai, Ichinoseki, Morioka, Hachinohe akan menaiki train yg sama. 
Selain Shinkansen, ada kawan saya yg lain naik flight ke Hokkaido macam Ahmad Fauzan Othman, Ashadi, Ushi dan yg paling jauh adalah Md Salfhi dan Ns Syah . Depa dua ni dok Kushiro. Nak sampai sini boleh nangis woo. Tak ramai yg sampai sini. Harap saya ada kekuatan untuk menulis pengalaman saya ke Kushiro dan seluruh Hokkaido dimasa hadapan. Ada juga yg hanya naik keretapi biasa sebab tiada Shinkansen ke tempat mereka macam ke Ibaraki, Kisarazu, Iwaki. Iwaki adalah tempat yg paling bahaya ketika ini kerana kesan radiasi dari tragedi Tsunami beberapa tahun dulu.

Berbalik kepada cerita saya, group saya dihantar ke Ueno Station dengan bas. Dalam group ni saya cuma kenal Mat Jiji, Hamidun dan Taufik shj. Yg lain semua pelajar dari UM dan rata2nya perempuan. Perempuan macam biasa beg depa banyak so dalam perjalanan untuk menaiki Shinkansen, ada la beberapa kali saya tolong tolak atau angkat beg depa. Ada yg jadi kawan lepas tu. 

Sambungan
- first impression of Ichinoseki 

Kebetulan gambar yg dlm simpanan adik saya untuk sambung cerita ni adalah gambar Mat Jiji. Tak ada gambar saya. Saya rasa saya kenal siapa belakang Mat Jiji tu.

Ahad, 3 Mei 2020

Gerak Malaysia: Rupa respons aplikasi Gerak Malaysia terbaru

Seperti yang disarankan oleh pihak polis, untuk mereka yang terkandas dan mahu pulang ke kediaman sebaiknya membuat permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia. Namun ramai yang tidak sedar yang aplikasi ini sudah ada versi terbaru.
Jika anda terkandas, pastikan anda sudah update aplikasi anda dan kemaskini data yg diperlukan bermula dari 4 Mei. Pihak polis akan mula memproses permohonan pada 6 Mei 2020 untuk kelulusan merentasi negeri.
Selepas anda kemaskini data anda, anda akan dapat respon seperti dibawah.


Mytrace: Fakta menggerunkan kalau tak install

Baru baru ini Perdana menteri ada menyebut 2 apps yang digalakkan kepada rakyat Malaysia untuk digunakan di handphone pintar masing-masing. Salah satu app yg disebut adalah Mytrace. My trace adalah app yg dibina untuk mengesan kontak rapat pesakit covid 19.


Apa yg kami fahami, jika kita ke supermarket dan salah sorang contact rapat pesakit covid berada dekat dengan kita, app ni akan memberi isyarat ALERT pada kita. Namun bagaimana pula contact pesakit covid tersebut tidak menggunakan aplikasi ini? Kami ada bertanyakan admin app tentang keberkesanan aplikasi ini dan jawapannya seperti dibawah.


Menurut admin, system ALERT tidak akan berfungsi jika contact pesakit covid tersebut tidak menggunakan aplikasi ini. Jadi untuk pastikan system ini berjaya, semua rakyat Malaysia haruslah install dan sentiasa  ON aplikasi ini. Seperti kita tahu, mangsa covid 19 kebanyakan adalah warga emas dan kebanyakan warga emas kurang arif tentang IT. Diharap kita semua dapat sebarkan maklumat ini kepada ibubapa kita dan juga insan tersayang. Terutama kita diambang PKPB dimana ramai yang akan bergerak melakukan aktiviti diluar.

Install app disini

Sabtu, 25 April 2020

Pengalaman jual rumah yg disewa Rohingya

Kebelakangan ini kita dapat lihat banyak topik berkenaan Rohingya yang viral. Ada yg mengatakan Rohingya adalah bangsa pengotor. Disini saya ingin berkongsi pengalaman menjual rumah yg disewa oleh pendatang Rohingya.

Saya aktif menjual rumah dikawasan utara tanah air dan pada suatu hari kawan saya semasa belajar di Jepun dulu menghubungi saya. Kawan saya kini menetap di Kuantan tapi beliau ada rumah di Pulau Pinang yang sedang disewakan. Selepas berbincang, saya dapat tahu yang rumahnya sedang disewa oleh keluarga Rohingya.

Pengalaman saya menjual rumah yg sedang disewakan ni selalunya cerita yang tidak indah dan sukar untuk dijual. Selalunya penyewa tak bagi kerja sama sebab tak mahu rumah dijual hingga mereka terpaksa untuk berpindah ke rumah lain. Bila kita bagitahu ke penyewa yang ada pembeli nak datang tengok rumah contohnya Sabtu 5pm,  ada penyewa yang akan memberi pelbagai alasan. Setelah berbincang akhirnya kita setuju dengan masa yang diberi oleh penyewa iaitu Sabtu 11am. Bila kita call hari Jumaat, statusnya masih OK. Tapi bila kita call hari Sabtu, handphone penyewa off sehari suntuk. Ada juga penyewa yg tepati masa tapi keadaan rumah "mashaallah" berserabut. Pembeli masuk pun dah tak ada hati kat rumah tu. Namun bukan semua penyewa berperangai begini.

Berbalik kepada cerita kawan saya tadi. Selepas diberitahu yg rumahnya disewa oleh Rohingya, dalam fikiran saya kalau rumah orang kita pun serabut, inikan pula rumah pelarian. Penyewa rumah kawan saya ni bernama J. Sebelum membawa pembeli, biasanya saya akan tengok rumah seorang diri terlebih dahulu. Selepas saya telefon dan nyatakan tarikh dan masa untuk saya tengok rumah, J tanpa banyak soal terus setuju. Bila saya sampai di guardhouse apartment, J dah menunggu saya disitu. Padahal saya sampai tepat pada masanya. Orangnya berumur pertengahan 40an, pendek dan gelap macam rohingya yg lain. Juga jelas kelihatan beliau suka makan sireh. 

Di guardhouse saya dapati ramai yang menyapa J dan nampaknya beliau disenangi oleh penghuni tempatan yg tinggal disitu. Selepas selesai urusan pendaftaran, saya pun dibawa ke unit rumah dengan menaiki lif. Didalam lif pun ada beberapa penghuni tempatan yg tegur dan sembang dengan J. Bila pintu rumah dibuka, saya agak terkejut sebab keadaan rumahnya tidaklah seperti rumah pelarian yg saya sangkakan. Rumahnya kemas,teratur dan dijaga baik. J tinggal bersama isteri, 2 anak dan adik ipar. Gambar rumah mereka seperti dibawah. 









Mungkin tak berapa kemas bagi mata sesetengah orang tapi bagi mata ejen hartanah yang menjual rumah yg sedang disewakan, tahap ni dah cukup kemas. Selepas itu 2-3 kali juga saya bawa pembeli untuk melihat rumah dan J memberi kerjasama yang baik dari segi masa dan kemasan rumah. 

Ya. Memasuki Malaysia secara haram adalah salah dan Malaysia harus memperketatkan lagi kawalan sempadan. Namun untuk kita label dan memburukkan sesuatu bangsa secara total adalah tidak wajar. Sama seperti barat melabel Islam dengan keganasan yg kita semua pun tidak setuju.
Apa pula pendapat anda?

Nazree 
0164449278